~Mahal atau Murah??~


“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”


“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”



Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”



Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.



   
                                                                                           KYRA

~Fadhilat Dan Hikmah Diam~


Banyak Kelebihannya apabila kita berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian. Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim). 

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat.
 



Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)
 

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari) Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar apabila digelar sebagai 'Manusia yang Pendiam'.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh seluruh umat manusia dan jin serta sekelian makhluk Allah SWT di Bumi & di Langit, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT (Naudzubillaahimindzalik).
 

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
 



"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)



Oleh itu, "DIAM" adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
 



HIKMAH DIAM.
 

1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.2. Perhiasan tanpa berhias.3. Kehebatan tanpa kerajaan.4. Benteng tanpa pagar.5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.7. Menutupi segala aib.
 

Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).
 



"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).



"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).

semoga kita dapat menghayati dan mengamalkannya...,insyaAllah

p/s:Ad kbaikan jgk ak diam ngn dorg...heheh ^_^





KYRA
Top of Form
Bottom of Form

~Oh ALLAH!! Help Me!!~

Apkh ak msih boley brtahan d c2????
Ak trtekan korg twu x???H
Knp msty 2doh ak yg tulis surat kt dy???
Ak mmg betol2 x tulis surat kat dy..!! korg twu???
Korg x fhm ker?? Korg x fhm bhs ker????
Mntk tolong sgt!!!! Jgn 2doh ak tulis surat 2 kt ko!!
Ak dab wk imej x-school ak…
Ak bwk imej yg baek… bkn imej burok!!!
SAPA YG BWK CRITA NI WAHAI MANUSIA…
Ak trtekan yg amat sgt!!!
Just imagine!! I hav 2 go through this about 7months!!
What should I do???!!!!
Oh Allah!!! Help yor servant…
Help me ALLAH…..
I need yor help ALLAH….
I must study, but, can I????
What should I do????
I hate this school….
The teachers….  They are 2 sensitive
The students… they are 2 weird
The students are very bad!!! Wicked!!
Oh ALLAH, I really need yor help……




KYRA